SIJIL KEJURUTERAAN MEKANIKAL
CME
Pengenalan Kursus
Program Pengajian Sijil Kejuruteraan Mekanikal direkabentuk untuk menerapkan pembelajaran secara praktikal dan teori tentang daya,kuasa,mesin,bahan,tenaga dan sesuatu yang melibatkan banyak kerja-kerja praktikal yang mencabar dan memberi pengalaman terbaik.
Modul yang dipelajari memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran praktikal yang komprehensif. Ianya merangkumi pelbagai bidang teknikal yang boleh digunakan dalam pelbagai industri termasuk menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.
Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian maju menjelang abad ke dua puluh satu selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
Pelajar akan menjalani latihan industri dalam semester keempat untuk mendapat pengalaman pekerjaan dalam bidang yang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara teori dan kerja amali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan, persembahan serta tugasan.
Maklumat Latihan TVET
Dan
Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
---|---|---|---|---|---|
1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | E | Aktif | |
1249 | SEJARAH | Wajib | E | Aktif | |
1449 | MATEMATIK | Wajib | E | Aktif |
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
4. Bujang (Wajib)
Pembantu Penolong Jurutera Mekanikal
Penolong Juruteknik
Pembantu Pengajar Teknikal
Pembantu Penolong Pengurus Penyelenggaraan
Penolong Eksekutif Jualan Teknikal
Penolong Eksekutif Kualiti
Penolong Project Coordinator
Pembantu Penyelia
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Yuran Pengajian PERCUMA ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan
Elaun – RM250.00 sepanjang tempoh pengajian termasuk Latihan Industri
Penginapan & Pakaian kursus disediakan
Insuran Berkelompok