DPM
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU adalah salah satu program diploma di bawah Jabatan Teknologi Pembuatan PERDA-TECH. Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam mengaplikasikan teknologi kejuruteraan pemesinan CNC (Computer Numerical Control) yang bersesuaian dengan keperluan industri serta mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi dan kualiti hidup.
Kurikulum program telah dirangka dengan teliti bagi memastikan pelajar diberi penekanan kepada latihan praktikal yang komprehensif selain memperoleh ilmu secara teori. Kurikulum yang memfokuskan kepada pemesinan berkejituan tinggi ini bertujuan menyediakan pelajar supaya berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam mengendali secara hands-on pelbagai mesin, alatan dan perkakasan berkejituan tinggi bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.
Pelajar berpeluang melakukan latihan amali secara berseorangan atau berkumpulan meliputi pemesinan konvensional termasuklah Operasi Larik (Turning Operation), Operasi Kisar (Milling Operation), Operasi Canai (Grinding Operation Which Includes Surface And Cylindrical Grinding), membuat kerja-kerja gegasan dan sebagainya. Seterusnya pelajar didedahkan kepada pemesinan berkejituan tinggi bermula dengan asas dan aplikasi Pemprograman CNC (CNC Programming), Teknologi Pemesinan NC dan CNC (Up To 5-Axis CNC Technology), perisian dan aplikasi CAD/CAM (Computer-Aided Design And Computer-Aided Manufacturing), Mesin EDM (Electrical Discharge Machine Including Wire-Cut & Die Sinking) dan penyelenggaraan mesin-mesin yang terlibat.
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
|---|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | E | Aktif | |
| 1249 | SEJARAH | Wajib | E | Aktif | |
| 1449 | MATEMATIK | Pilihan | Matematik | C | Aktif |
| 1511 | SAINS | Pilihan | Sains & Teknikal | C | Aktif |
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 / Sijil Vokasional Malaysia Dari INSTITUSI AWAM
Minimum CGPA : 2
Operasi Pemesinan [MC-050-3:2017] Atau
Juruteknik Kanan Alatan Kepersisan Mekanikal [MC-010-3] Atau
Juruteknik Mesin CNC [MC-032-3] Atau
Pemesin Kanan [MC-050-3] Atau
Pembuat Perkakasan Kanan – Acuan Suntikan Plastik [MC-030-3] Atau
Pembuat Alat – Metal Stamping Dai Kanan [MC-031-3]
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30