DRG
Bidang pengajian rekabentuk grafik merangkumi bidang asas seni lukis, rekabentuk komunikasi visual, teknologi serta amalan perniagaan. Program ini menawarkan kursus-kursus antaranya Art History, Fundamental of Art and Design dan Fundamental of Drawing. Manakala kursus-kursus utama bidang grafik yang ditawarkan adalah seperti Introduction to Graphic Design, Digital Imaging, Typography, Advertising, Corporate Identity Design, Digital Illustration, Desktop Publishing, Web Design, Motion Graphic, Environmental Graphic, Photography serta Packaging Design. Selainitu program ini juga menawarkan kursus Communicative English, Entrepreneurship dan Occupational Safety and Health (OSHA).
Program ini merangkumi tempoh pengajian selama lima semester akademik serta satu semester latihan industry iaitu pada semester keenam untuk mendapat pengalaman dan pendedah bekerja di dalam bidang. Penekanan juga diberikan pada pengurusan acara dan portfolio serta teknik persembahan yang dapat menunjukkan keupayaan para pelajar untuk menterjemahkan hasil kreatif yang menarik ke dalam rekabentuk cetak mahupun berasaskan web.