C107-002-3:2020
Program ini direka khas untuk membekalkan pelatih dengan kemahiran dan pengetahuan holistik dalam menguruskan keseluruhan rantaian pengeluaran makanan. Ia merangkumi tahap pengurusan bahan mentah, pesanan pengeluaran, penyelenggaraan jentera, pemprosesan produk makanan sedia dimakan (RTE), kawalan kualiti, hingga kepada penyeliaan tenaga kerja secara efektif mengikut piawaian industri.
Pada akhir program ini, pelatih hendaklah terampil dan mampu untuk:
1. Mengurus & Mengendalikan Bahan Mentah
Memastikan bahan mentah yang diterima tepat seperti pesanan, dikendalikan dengan kaedah yang betul, disimpan dengan selamat (mengikut kawalan suhu dan aliran stok), serta menepati kriteria keselamatan dan persijilan industri makanan (Halal, GMP, HACCP, MeSTI).
2. Mengurus Penyediaan Pesanan Pengeluaran Produk
Melaksanakan pengendalian maklumat pesanan aktiviti pengeluaran secara sistematik, terancang, dan berjadual menerusi pengesahan kehendak pesanan, semakan inventori, serta pelaporan status pengeluaran.
3. Menyelaraskan Penyelenggaraan Mesin & Peralatan Pemprosesan
Menyelaraskan aktiviti penyelenggaraan rutin, pencegahan (preventive maintenance), dan berkala/baik pulih supaya mesin serta peralatan pengeluaran sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi secara konsisten, dan menepati sasaran pelan pengeluaran.
4. Melaksanakan Operasi Pemprosesan & Pembungkusan Produk Ready-To-Eat (RTE)
Menghasilkan pelbagai produk makanan RTE (berasaskan ikan, daging, buah/sayur, tenusu, dan bakeri) yang berkualiti mengikut formulasi, teknik pemprosesan, pembungkusan pelbagai peringkat dan pelabelan.
5. Melaksanakan Kawalan Kualiti (QC) & Pengurusan Dokumen
Memastikan aktiviti pengeluaran berjalan lancar dan bersistematik menerusi pemeriksaan kualiti, pengurusan inventori, jalinan hubungan audit industri (dalaman/luaran), penyelarasan Dokumen Operasi Standard (SOP).
6. Menyelia & Membangunkan Personel Pemprosesan Makanan
Menyelia kakitangan pengeluaran agar sentiasa terlatih dan berdisiplin menerusi pengendalian taklimat aktiviti, agihan tugasan dan pelan kontingensi, penyelarasan penilaian prestasi secara adil, serta pelaksanaan latihan dalaman berdasarkan analisis jurang kompetensi (TNA).
Secara keseluruhannya, kursus ini mengintegrasikan pematuhan ketat terhadap aspek Akta Makanan 1983 / Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), serta Amalan Persekitaran Hijau (3R) untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan penyelia industri makanan yang berkaliber, berdisiplin, dan berdaya saing.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
1. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Syarat Umum:
1. Jenis Sijil/Diploma : Sijil
2. Mempunyai Sijil Tahfiz Malaysia Dari Institusi Tahfiz
3. Minimum CGPA : 0.00
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30