SPW 03
Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai rekaan fesyen pembuatan pakaian wanita terkini. Sebagai trend semasa dalam kombinasi warna dalam dunia fesyen, Pelajar diperkenalkan dengan teknik memotong, menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini.
Penekanan diberikan kepada cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian, rekaan baju serta pelbagai jenis jahitan pakaian wanita. Kursus ini mampu memberi pendedahan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak pasaran industri.
Pembelajaran berdasarkan NOSS CoCU (JPK) dan Pelajar akan mendapat Sijil Kemahiran Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30