SHR 03
Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Pembuatan Roti adalah kursus untuk melatih pelajar dengan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menyediakan pelbagai produk roti, bakeri dan konfeksionari seperti pizza, muffin dan produk menggunakan yis melalui teknik dan kaedah moden menggunakan mesin dan peralatan berteknologi mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin hasil produk yang berkualiti, menarik dan bersih selaras dengan kehendak industri. Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan bakeri.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30