Kursus TVET
DIPLOMA SENI KRAF SERAMIK

Pengenalan Kursus

Menawarkan program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Seramik bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual di samping berkemahiran tinggi. Kemahiran pemikiran profesional bukan sahaja dari segi kemahiran kraf Seramik tetapi juga dari aspek pengolahan teknik, rekaan cita rasa semasa serta berupaya membuat kajian & penyelidikan dan inovasi baru.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Had Umur Minimum dan Maksimun

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1
1. Warganegara Malaysia (Wajib)

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Wajib E Aktif
1249 SEJARAH Wajib E Aktif
1119 BAHASA INGGERIS Pilihan Lain-lain C Aktif
1449 MATEMATIK Pilihan Matematik C Aktif
1511 SAINS Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3472 MATEMATIK TAMBAHAN Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
4531 FIZIK Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
4541 KIMIA Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
4551 BIOLOGI Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3755 PERDAGANGAN Pilihan Lain-lain C Aktif
1223 PENDIDIKAN ISLAM Pilihan Lain-lain C Aktif
1225 PENDIDIKAN MORAL Pilihan Lain-lain C Aktif
2611 PENDIDIKAN SENI VISUAL Pilihan Lain-lain C Aktif
2280 GEOGRAFI Pilihan Lain-lain C Aktif
3756 PRINSIP PERAKAUNAN Pilihan Lain-lain C Aktif
3766 PERNIAGAAN Pilihan Lain-lain C Aktif
3763 REKA CIPTA Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
5402 AL-SYARIAH Pilihan Lain-lain C Aktif
5401 USUL AL-DIN Pilihan Lain-lain C Aktif
3767 EKONOMI Pilihan Lain-lain C Aktif
5227 PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Pilihan Lain-lain C Aktif
7407 REKA BENTUK GRAFIK DIGITAL Pilihan Sains & Teknikal C Aktif

Bil. Subjek Pilihan Kategori Terbuka Diperlukan : 3
(Minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran)


Atau

3.2 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

Atau

3.3

Jenis Sijil/Diploma : Sijil (SVM, STPM, Sijil Kolej Komuniti dll)
Mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan Dari
Minimum CGPA : 2

Atau

Jenis Sijil/Diploma : Sijil (SVM, STPM, Sijil Kolej Komuniti dll)
Mempunyai Sijil Seni Kraf Dari Institut Kraf Negara
Minimum CGPA : 2


Dan

4. Lulus temu duga dan ujian lukisan
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Seramik, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Penolong Pensyarah, Penyelia Pengeluaran Kanan, Pengajar Kraf, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KRAF NEGARA
Alamat
No. 1, KM20, Jalan Ipoh - Rawang, Taman Rekreasi Templer, Rawang, Selangor
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
ZURAINAH BINTI UMOR
Telefon
03-6091 5322
Emel
hep.ikn@kraftangan.gov.my
Laman Web
https://ikn.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dalam bidang kraf dan bersahsiah terpuji bagi membangun potensi manusia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri serta
menyumbang kepada komuniti dan Negara.

Peneraju kecemerlangan pengajian kraf berinovasi dan berkemahiran tinggi.

Melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berbudaya tinggi menerusi pengajian yang dinamik dan berkualiti.

Menyediakan peluang pengajian dan pembelajaran kepada golongan belia dalam bidang seni kraf.
Menawarkan program pengajian yang berkualiti, inovatif dan diiktiraf.
Melahirkan modal insan bagi aspirasi industri kraf.
Memantapkan perkongsian strategik industri dan komuniti.
Menjadi pusat rujukan, penyelidikan dan warisan kraf negara.

Elaun sara diri RM120
Penginapan disediakan
Bantuan makanan disediakan
Tiada Yuran Pengajian