DED 04
Program sambung Tahap dari Sijil ke Diploma Kemahiran Tahap 4 ini direka untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan pengawalan berasaskan kepada
penggunaan teknologi elektronik dalam bidang pengeluaran, pengukuran, penyelenggaraan dan baikpulih.
Disamping itu pelajar yang berketrampilan diharapkan boleh dan mampu untuk:
- membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
- membuat pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar.
- merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB)
- mengunakan PLC, sensor dan sistem hydraulic & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi komplek.
- membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller.
- melaksanakan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system) melalui pengaturacaraan berasaskan objek / grafik.
- menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekommunikasi dan asas IOT.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30