Kursus TVET
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEREKAAN ALAT TEKAN)

DMP 04

Pengenalan Kursus

Kursus Tahap 4, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam Diploma Teknologi Mekanikal (Pereka Alat Tekan), menekankan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang merekabentuk Alat Tekan (Metal Stamping die design). Kursus ini meliputi aspek-aspek merekabentuk dan menyelia pembuatan alat tekan jenis compound die dan proggresive die mengunakan mesin konvensional dan mesin kawalan CNC. Membuat perancangan kerja, menyelia perjalanan proses pembuatan, membuat anggaran semua kos yang terlibat dalam penghasilan alat tekan, mengenalpasti masalah dan mengatasinya sehingga proses penghasilan produk alat tekan (metal stamping die) dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Persekolahan
1.1 Mestilah:

Tamat Tingkatan 5


Atau

1.2
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif

Dan

2. Umur
2.1 Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Syarat Tambahan
3.1 Mestilah:
1. Warganegara Malaysia (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib) ,
3. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
4. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
39 Bulan
Prospek Kerjaya
Pemegang Diploma Kemahiran ini mempunyai prospek boleh diambil bekerja sebagai Juruteknik kanan Pemesinan Alat tekan, Juruteknik kanan Pemesinan CNC, Metal Stamping Die Designer, Supervisor Metal Stamping Die maintenance & Assistant Engineer

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
Alamat
BANDAR BARU SALAK TINGGI
43900 SEPANG, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MOHD SHAFIQ BIN MOHD KHAN
Telefon
03-87061720
Emel
shafiqkhan@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 diiktiraf oleh MQA
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam disesuaikan mengikut Skim Perkhidmatan
3. Kemudahan yang tersedia :
• Asrama
• Makan/minum
• Surau
• Kemudahan sukan
4. Pengangkutan awam yang berhampiran :-
• Lapangan terbang KLIA
• Stesen ERL
• Terminal bas Ekpress nilai
• Perkhidmatan bas dan teksi ke semua lokasi