SCR 03
Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi latihan secara teori dan amali berkaitan dengan rawatan penjagaan rambut dan kulit kepala, penggayaan, guntingan, mengerinting, serta mewarna rambut. Selain itu, beberapa modul seperti pengemasan salon, imej personal, dan pengendalian pelanggan turut diajar bagi memastikan pelajar dapat memberi perkhidmatan dengan selesa dan terurus. Di samping itu, aspek keselamatan akan diambilkira sewaktu menggunakan peralatan salon dengan berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30