Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN (JAHITAN PAKAIAN WANITA)

STW 03

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK, SELANGOR

Pengenalan Kursus

Kursus Jahitan Pakaian Wanita merupakan antara program yang ditawarkan di Jabatan Teknologi Fesyen Dan Pakaian IKBN Peretak, modul kursus adalah berasaskan ' National Occupational Skill Standard' (NOSS) dan disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian, antara modul latihan adalah pelbagai jenis jahitan pakaian wanita seperti pelbagai jenis blaus, pelbagai jenis seluar, pakaian malam, pakaian mengandung, pelbagai pakaian sukan, pakaian pengantin moden dan tradisional, pelbagai jenis pakaian kerja, pakaian malam dan pelbagai lagi. Antara objektif program adalah bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita seterusnya akan menjadi pemacu utama dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan yang mempunyai kemahiran tinggi disamping akan melahirkan usahawan muda yang progresif dan dinamik.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Mestilah Berumur

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
02
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Mempunyai SPM ATAU Tamat Tingkatan 5
DAN
03
Kriteria Utama
Kewarganegaraan
Syarat Wajib
Pemohon Mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Tiada butiran kelayakan ditetapkan untuk kriteria ini.

Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Pembuat pakaian
2. Fashion buyer,
3. Ilustrator fesyen
4. Jurujahit/ Tukang jahit
5. Jurupotong
6. Pengurus Syarikat,
7. Tenaga Pengajar
8. Pembekal produk
9. Penyelia Jurupakaian
10. Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK
Alamat
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR DARUL EHSAN
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MARLIANA BINTI ABDULLAH
Telefon
03-60996000 / 03-60996133
Emel
marliana@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI : RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU.
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI : DISEDIAKAN