- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
DPF 34
Kursus Diploma Kemahiran Malaysia Rekaan Fesyen merupakan salah satu jurusan di dalam Jabatan Fesyen Dan Pakaian. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian adalah berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.
Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan bengkel, produk dan cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian. Penyediaan pelbagai jenis rekaan yang dihasilkan seperti pakaian kostum dan maskot, rekaan draping atau Evening Dress, pakaian custom made contohnya pakaian pejabat, pakaian sukan dan pelbagai lagi serta mempelajari menghasilkan Fashion Illustration dengan pelbagai kaedah dan teknik seperti teknik mix-media, collage, hatching dan banyak lagi.
Pembuatan Pakaian Wanita [TA-011-3:2012] Atau
Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki [TA-010-3] Atau
Penyeliaan dan Jahitan Pakaian Lelaki [C141-001-3:2017] Atau
OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA [C141-005-3:2021] Atau
Penyelia Pembuat Pakaian Wanita [K-012-3] Atau
Pembuat Pakaian Lelaki [K-021-3] Atau
Penyelia Pembuat Pakaian Wanita [K-011-3]
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30