Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN JENTERA BERAT)

SAJ 03

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA DUSUN TUA, SELANGOR

Pengenalan Kursus

Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang Penyenggaraan Jentera berat meliputi kerja-kerja baikpulih jentera berat seperti Backhoe, Excavator, Roller Compactor dan sebagainya. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Senggaraan Sistem Hidraulik / Pneumatik, Senggaraan Trek dan Bahagian Dasar, Pam Suntikan Bahan Api (FIP) dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian jentera berat dan mampu membaikpulih sistem-sistem yang terdapat pada jentera-jentera berat tersebut.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Persekolahan
Syarat Wajib
Mestilah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Warganegara
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai Juruteknik/mekanik jentera berat, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA DUSUN TUA
Alamat
KM25 Dusun Tua, Bandar Hulu Langat
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
KHALIDAH BINTI BOHARI
Telefon
0390217100
Emel
khalidahbohari@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM 100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN