Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (PENYELENGGARAAN INDUSTRI)

SMU 03

Pengenalan Kursus

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, memeriksa, menyelenggara dan membaikpulih pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik.
Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Persekolahan
1.1 Mestilah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1 Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Syarat Tambahan
3.1 Mestilah:
1. Bujang (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

4. Warganegara
4.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
• Jurugegas
• Juruteknik Penyelenggaraan
• Penyelia
• Pengajar Teknikal

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA DUSUN TUA
Alamat
KM25 Dusun Tua, Bandar Hulu Langat
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
SOFIAN BIN ISMAIL
Telefon
0390217100
Emel
sofian_spg@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM 100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN