Kursus TVET
DIPLOMA SENI TARI

ATR

Pengenalan Kursus

Silibus pembelajaran adalah berteraskan asas teknik tari tradisional Malaysia yang meliputi tarian kaum utama di Malaysia. Seiring dengan industri pada masa kini, bagi menghasilkan penari yang berdaya saing, teknik tari Barat seperti Balet dan Kontemporari dijadikan sebahagian daripada subjek utama yang akan dipelajari. Pelajar juga akan didedahkan dengan bagaimana mencipta gerak dan elemen-elemen penting dalam menghasilkan koreografi tari.

Selain itu, bagi memastikan pelajar mampu berfikir, berbincang dan menilai sesuatu persembahan, subjek teori seperti Teori Persembahan, Sejarah Tari serta Anatomi dan Kecederaan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Program ini bertujuan memberi penekanan menyeluruh dalam setiap tarian yang dipelajari dari segi kefahaman teknik, gaya dan rasa supaya dapat melahirkan penari yang berkualiti.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Wajib C Aktif
1249 SEJARAH Wajib C Aktif

Atau

1.2

Pengajaran Tarian Tradisional [R900-009-3:2021]


Atau

1.3

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan melepasi Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut; Kepujian Bahasa Melayu 1104; Kompeten semua modul vokasional; dan Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016) Dari Kolej Vokasional
Minimum CGPA : 2.67


Atau

1.4

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Kelulusan O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran Dari Malaysian Qualification Agency (MQA)
Minimum CGPA : 2


Atau

1.5

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang setara Tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dan; Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu) Dari
Minimum CGPA : 2


Atau

1.6

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Kelulusan Sijil Tahap 3 Malaysian Qualification Framework (MQF) dalam bidang berkaitan Dari Malaysian Qualification Framework (MQF)
Minimum CGPA : 2


Atau

1.7

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, dengan minimum Gred C, dalam satu (1) mata pelajaran Dari
Minimum CGPA : 2


Atau

1.8

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan pangkat Maqbul Dari
Minimum CGPA : 2


Atau

1.9

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai APEL dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); DAN Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon Dari
Minimum CGPA : 0


Dan

2. Syarat Khusus
2.1

Tempoh Pengajian
36 Bulan

Prospek Kerjaya
Penari professional, pengarah artistik tari, ahli akademik, pegawai kebudayaan, penggiat seni persembahan dan sebagainya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)
Alamat
464 JALAN TUN ISMAIL, 50480 KUALA LUMPUR
Negeri
KUALA LUMPUR
Penyelaras
NURUL SHAZWANEE BINTI OTHMAN
Telefon
03-2778 5999/ 6097
Emel
marzuki@aswara.edu.my / nurulshazwanee@aswara.edu.my
Laman Web
www.aswara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
tiada