SKP 03
Bagi jurusan ini, pelajar-pelajar akan dilatih bagi menguasai Kemahiran menggunakan pelbagai perisian dan peralatan bagi kawalan dan mengedit pelbagai media seperti teks, grafik, bunyi, klip video dan animasi bagi pembangunan multimedia.
Pelajar juga akan dilatih menggunakan peralatan digital seperti Kamera Video, Camcoder, Kamera Digital, DSLR dan sebagainya. Di samping itu, pelajar-pelajar juga didedahlan dengan pelbagai teknik pencahayaan dan kawalan lampu bagi menghasilkan grafik dan serta klip video yang menarik dan berkualiti. Sepanjang mengikuti kursus ini pelajar akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Penilaian terhadap kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah dilaksanakan secara berterusan.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30