SLS 02
Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan kemahiran berkaitan dengan pendawaian elektrik satu ( 1 ) fasa domestik dan industri, pengujian dan penyelenggaraan litar elektrik dan kawalan motor. selain itu pelatih akan menjalani latihan sambil bekerja selama tiga ( 3 ) bulan di industri yang sesuai dengan kursus ini menambah pengetahuan dan kemahiran yang sebenar.
Sepanjang mengikuti kursus ini pelatih juga akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Latihan ini secara tidak langsung merupakan pendedahan secara simulasi kepada pelatih sebelum berkecimpung dalam kerjaya sebenar.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30