- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
SKR 03
Bagi jurusan ini, pelajar-pelajar akan dilatih bagi menguasai Kemahiran Rangkaian Komputer, bermula dengan asas mengenali peralatan, memasang dan membaik pulih Komputer Peribadi sehingga kepada mengawal server, termasuk menghubungkan dan mengenalpasti kerosakan pada Rangkaian Komputer. Pelajar akan didedahkan kepada sistem dan peralatan bagi sistem rangkaian Fiber Optik serta sistem rangkaian tanpa wayar (Wireless).
Pelajar juga akan turut didedahkan kepada pengendalian Sistem Server yang dikawal oleh Sistem Pengoperasian Windows. Sepanjang mengikuti kursus ini pelajar akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Penilaian terhadap kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah dilaksanakan secara berterusan.
Rangkaian komputer adalah mengawal aturan telefon bimbit, peranti atau terminal yang dihubungkan melalui suatu aturan (protokol) komunikasi untuk di rangkaikan melalui sambungan dalaman digital untuk tujuan berkongsi sumber, data serta maklumat yang terletak pada atau disediakan oleh komputer rangkaian.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
|---|
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30