Kursus TVET
DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN MAKANAN (PEMPROSESAN)

DGF 04

Pengenalan Kursus

Kurikulum latihan mengambil masa selama 3 tahun 3 bulan dimana peserta akan dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan pengurusan perolehan bahan mentah, pemantauan operasi pengeluaran makanan, pemantauan pematuhan jaminan keselamatan makanan, pengurusan penyelenggaraan mesin, pengurusan stok dan pengurusan sember manusia.

Peserta mempelajari tatacara penyediaan spesifikasi perolehan bahan mentah, kenalpasti pembekal berpotensi dan proses penerimaan bahan mentah dari pembekal. Peserta juga diajar teknik merancang operasi pengeluaran melibatkan sumber seperti peralatan, bahan mentah, manusia bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan baik. Selain itu, pendedahan berkaitan kawalan kualiti turut didedahkan bagi menjamin keselamatan dan kualiti pengeluaran dengan mamatuhi piawaian badan pensijilan MeSTI, Halal, GMP dan HACCP. Pengurusan penyelenggaraan mesin dan peralatan, sanitasi, kawalan perosak yang teratur turut ditekankan dalam kurikulum latihan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Persekolahan
1.1 Memiliki SPM atau setaraf dengan:
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Wajib E Aktif
1249 SEJARAH Wajib E Aktif

Dan

2. Umur
2.1 Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Syarat Tambahan
3.1 Mestilah:
1. Bujang (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

4. Warganegara
4.1
Tempoh Pengajian
39 Bulan
Prospek Kerjaya
a) Usahawan industri makanan proses
b) Pekerja industri makanan
c) Pembantu penyelidik
d) Tenaga pengajar
e) Pakar runding

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA
Alamat
MUKIM TEKAI PEKAN NAKA, 06350 KUALA NERANG, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
HAFIZ BIN SHAUFIT AFFANDI
Telefon
047993000
Emel
hafizaffandi@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
- Elaun pengajian disediakan kepada semua pelajar termasuk dalam tempoh latihan industri
- Asrama percuma disediakan kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian di institut.
- Makan minum percuma disediakan kepada semua pelajar sepanjang tempoh pengajian di institut.
- Peralatan dan kemudahan latihan yang terkini dan kondusif
- Kemudahan riadah dan sukan.