Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (KIMPALAN)

SMW 03

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberikan prospek perkerjaan yang meluas dalam sektor industri kepada pelajar terutamanya di dalam bidang Minyak dan Gas serta Syarikat Kejuruteraan yang berkaitan. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali berkaitan proses kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel) dan keluli tahan karat (stainless steel). Pelajar akan mempelajari sepenuhnya berkaitan proses kimpalan Arka menggunakan elektrod atau dipanggil Shielded Metal Arc Welding (SMAW). Selain itu, pelajar juga didedahkan berkaitan proses seperti Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) dan lain-lain.
Di dalam kursus ini, pelajar juga akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan (Supervisory), latihan loji (Internship) dan sebagainya. Pelajar juga akan diberi latihan kemahiran dalam pelbagai kaedah pemeriksaan kualiti hasil kimpalan (Welding Inspector) seperti pemeriksaan visual, ujian tanpa musnah (NDT) dan ujian musnah (DT). Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia, merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Persekolahan
1.1 Mestilah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif

Dan

2. Umur
2.1 Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Syarat Tambahan
3.1 Mestilah:
1. Warganegara Malaysia (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib) ,
3. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
4. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Welder / Jurukimpal / Pengajar bidang Kimpalan / Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BANDAR PENAWAR
Alamat
JALAN KEJORA UTAMA, BANDAR PENAWAR
KOTA TINGGI, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
RAIMI BIN RABUIMEN
Telefon
078221567
Emel
raimi@kbs.govmy
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Penginapan, makan dan minum setiap hari serta elaun bulanan akan diberikan kepada pelajar yang berjaya.