Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYEDIAAN PASTRI)

SHP 03

Pengenalan Kursus

Program Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan Pastri. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Teknik dan kaedah pembuatan kek, hiasan kek, pembuatan roti dan pembuatan dessert
2. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis kek iaitu hot cakes, cold cakes dan frozen cakes
3. Penghasilan produk berdasarkan kemahiran hiasan kek iaitu kemahiran piping, kemahiran hand modelling dan kemahiran frosting
4. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis roti iaitu lean dough, doh berlapis dan roti artisan
5. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis dessert iaitu dessert tempatan, international dessert dan assorted cookies.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Persekolahan
1.1 Mestilah:

Tamat Tingkatan 5


Atau

1.2
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif

Dan

2. Umur
2.1 Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Syarat Tambahan
3.1 Mestilah:
1. Warganegara Malaysia (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib) ,
3. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
4. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
21 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Pembuatan Pastri yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Pembuatan Pastri . Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Commis
Bakers’
Pastry Cook
Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BANDAR PENAWAR
Alamat
JALAN KEJORA UTAMA, BANDAR PENAWAR
KOTA TINGGI, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
RAIMI BIN RABUIMEN
Telefon
078221567
Emel
raimi@kbs.govmy
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Elaun bulanan disediakan.
Penginapan disediakan.
Makan dan minum disediakan.