DKK
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan pengurusan kerja kimpalan dan fabrikasi. Latihan merangkumi pembelajaran teori dan amali berkaitan pemilihan material and consumables, proses-proses kimpalan, mentafsir lukisan, pembangunan welding procedure, perancangan dan pengawasan kerja, pemeriksaan dan pengujian berdasarkan Inspection Test Plan (fit-up, final dimension, visual inspection, destructive testing DT, Non-destructive Testing NDT, Leak test, hydrotest)
Selain itu, pelatih akan didedahkan kepada kerja mengumpul dan merekod data kimpalan serta membuat laporan kerja fabrikasi bagi latihan pembangunan Manufacturing Data Reports
PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI [C259-008-3:2022] Atau
Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012] Atau
Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai(Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat) [H-024-3] Atau
Juruteknik Kimpalan Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat & Aluminium) [H-025-3] Atau
Proses Kimpalan Gas Logam [MC-025-3:2012] Atau
Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten [MC-026-3:2012] Atau
Proses Kimpalan Arka Berteras Logam [MC-027-3:2012] Atau
Proses Gabungan Kimpalan Arka Gas Tungsten & Kepingan Logam [MC-028-3:2014]
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Teknologi Kimpalan Tahap 3 Dari PERDA-TECH / INSTITUSI AWAM & SWASTA
Minimum CGPA : 2
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30