Kursus TVET
PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA

Pengenalan Kursus

Struktur kurikulum Teknologi Elektrik dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri tempatan. Peluang pekerjaan untuk graduan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakan kilang-kilang masih kekurangan tenaga mahir dalm bidang elektrikal kursusnya pendawaian elektrik. Aspek latihan dalam bidang elektrik meliputi semua aspek latihan sama ada hands-on, bagi melengkapkan graduan yang berkemahiran tinggi. Modul yang dibangunkan adalah menepati permintaan pasaran industri dengan meliputi aspek Lukisan kejuruteraan elektrik , Sistem Pendawaian, Penyelenggaraan Elektrik Pemasangan Sistem Kawalan Motor Satu Fasa dan Tiga Fasa, Sistem Solar, Basic Automation System KNX , Penyelengaraan peralatan elektrik , pengujian dan penyeliaan projek. Pelajar juga akan diberikan pendedahan dalam aspek keselamatan , pengetahuan tenknikal dan lain-lain termasuklah berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian termasuk bekerja dengan alat-alat moden. Pelajar juga akan diberi pendedahan industri/latihan industri dengan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik :
1.1 Lepasan SPM / Tamat Tingkatan 5

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1 Calon mestilah berumur seperti berikut :

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 25


Dan

3. Warganegara Malaysia
3.1 Calon mesti Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Bumiputera
4.1 Calon mesti bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

5. Syarat Tambahan
5.1 Calon memenuhi syarat berikut:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
PROSPEK KERJAYA

Graduan program Teknologi Elektrik dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-

- Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Perkhidmatan Awam dan lain jabatan yang berkaitan dengan pemasangan elektrik domestik dan industri.
- Di Sektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Berhad , Syarikat-Syarikat Elektrik , Sektor Perindustrian, Pembinaan dan sebagainya.

Graduan berupaya bekerja sebagai personal Juruteknik Elektrik seperti :-

- Juruteknik Elektrik
- Tenaga Pengajar Vokasional
- Usahawan / Kontraktor Elektrik

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEDA
Alamat
RIMBA TAQWA, PERANGIN, 08200 SIK, KEDAH.
Negeri
KEDAH
Penyelaras
AHMAD BIN ABDUL LATEH
Telefon
04-7205430
Emel
kolejkeda@keda.gov.my
Laman Web
www.kolejkeda.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Mendapat Pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi Program Pendawai Satu Fasa & Endorsan PW2.