Kursus TVET
MOTOSIKAL - PERKHIDMATAN DIANOSIS (MT)

KOLEJ KEDA, KEDAH

Pengenalan Kursus

Program kursus ini ditawarkan kepada lepasan pelajar/pelatih kursus kemahiran (Institusi TVET Awam & Swasta) dalam bidang Teknologi Motosikal yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan Tahap 2. Struktur kurikulum Teknologi Motosikal dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri pemotoran.
Silibus program ini memfokuskan kepada latihan hands-on dan teknologi terkini bagi melahirkan graduan yang berkompetensi, memenuhi kehendak industri dan berkeyakinan tinggi melalui pendekatan yang menyeluruh sebagai persediaan untuk memasuki industri pemotoran yang semakin berkembang pesat.  Antara subjek teras yang ditawarkan adalah Supervision Function, Engine Technology (Multiple Cylinder Engine), Chassis System, Elektric Electronic Diagnostic System. Disamping itu terdapat modul tambahan seperti Program Latihan Industri, Engine Perfomance ( Dyno Test ) dan Kemasan & Cat Komponen Motosikal serta subjek umum Pengajian Islams dan Keusahawanan.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berikut ;
Syarat Wajib
Calon mestilah memiliki salah satu daripada sijil berikut ;

Motosikal - Perkhidmatan Pembaikan [G454-001-2:2018] Atau

Servis & Penyelenggaraan Motosikal [TP-118-2:2012] Atau

Juruteknik Motosikal Kanan [P-118-2]

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Calon mestilah berumur ;

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 25

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Calon mestilah :
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Bumiputera
Syarat Wajib
Colon hendaklah bertaraf ;
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Calon hendaklah mematuhi kreteria berikut :
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
PROSPEK KERJAYA

Graduan program Teknologi Motosikal dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-

Di Sektor Perkhidmatan Awam terdapat peluang pekerjaan seperti Pegawai Latihan Vokasional (Pengajar Kemahiran) Pembantu Kemahiran, Pembantu Kejuruteraan Jentera (BOMBA) dan lain jabatan yang berkaitan dengan kenderaan permotoran (JPJ, Polis, Tentera dan APM)
Di Sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan seperti Pengajar Kemahiran (Giat MARA Sdn Bhd), Pemeriksa Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Unit Senggaraan PLUS Ronda, Penyelia Pusat Servis (MODENAS, Yamaha, Kawasaki dll), Penyelaras Jualan dan Alatganti Motosikal, Penasihat Servis, Ketua Juruteknik, Juruteknik atau Usahawan Motosikal (Pusat Servis, Jualan @ Sukan Perlumbaan (Motorsport))

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEDA
Alamat
RIMBA TAQWA, PERANGIN, 08200 SIK, KEDAH.
Negeri
KEDAH
Penyelaras
AHMAD BIN ABDUL LATEH
Telefon
04-7205430
Emel
kolejkeda@keda.gov.my
Laman Web
www.kolejkeda.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Mendapat Pengiktirafan Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK), Pengiktirafan 5 Bintang (JPK),