- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
M14
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kimpalan yang meliputi perkara-perkara seperti asas kimpalan, keselamatan dalam kimpalan, asas blueprint dan kaedah-kaedah Ujian Tanpa Musnah (NDT). Graduan juga akan berkemahiran untuk melakukan Kimpalan Arka Logam Berperisai (SMAW), Kimpalan Arka Tungsten Gas (GTAW), Kimpalan Arka Logam Gas (GMAW) dan Kimpalan Arka Teras Flux (FCAW) berdasarkan keperluan dan situasi sebenar industri.
Pemeriksaan Kimpalan [MC-060-2:2012] Atau
Pemeriksaan Ultrasonik- Binaan Berkimpalan (Plat & Paip)Minyak & Gas [MC-113-2:2015] Atau
Pentafsiran Radiografi – Pembinaan Berkimpalan [MC-115-2:2016] Atau
Pemeriksaan Radiograf- Binaan Berkimpalan (Minyak & Gas) [MC-110-2:2015]
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Siji Profesional GIATMARA / Sjil Kompetensi atau Profesional dari mana-mana agensi atau institusi pendidikan (IPTA/IPTS/ILKA/ILKS) dalam bidang berkaitan Dari LULUSAN GIATMARA / IPTA/IPTS/ILKA / ILKS dalam bidang berkaitan
Minimum CGPA : 0
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45