BMK0101
- Program ini dibangunkan untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan dari aspek teknologi yang selari dengan keperluan industri, kemahiran mengecat kenderaan akan membentuk individu berkebolehan menguasai pasaran keusahawanan dan pekerjaan di industri.
Penekanan modul teori dan amali selari dengan teknologi terkini industri mengecat kereta, memberi pendedahan secara praktikal dalam menyediakan permukaan badan kenderaan, kimpalan asas, membentuk panel badan kenderaan serta penyemburan cat alkyd dan cat 2K pada kenderaan. Para pelatih juga akan didedahkan dalam aspek kerja-kerja kekemasan semburan cat serta kawalan kualiti selepas kerja-kerja semburan cat dilakukan.
Aspek latihan dalam bidang Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan menitikberatkan elemen latihan yang selari dengan keperluan industri bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran dan graduan yang berkemahiran tinggi.
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70
Tidak Tamat Sekolah