JTE0201
- Kursus Terapi Estetik merupakan Kursus Lanjutan ditawarkan kepada pelatih yang telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Terapi Estetik (Tahap 2) untuk melanjutkan pengajian ke Sijil Kemahiran Malaysia Perkhidmatan Terapi Estetik (Tahap 3). Latihan amali merupakan kekuatan utama latihan dengan memfokuskan kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, perawatan badan teknik perawatan, khidmat pelanggan dan pengurusan salon kecantikan.
Program Latihan juga memfokuskan kepada melahirkan Juruterapi Estetik yang mempunyai abiliti dalam memberikan informasi kepada seseorang pekerja mengenai perawatan kesihatan, kecantikan badan di salon kecantikan dan Juruterapi.
Kompetensi bagi Tahap Tiga adalah membolehkan seseorang itu berpengetahuan, berkemahiran dan berkeupayaan untuk melakukan perawatan kesihatan, kecantikan badan dan usaha wanita dalam bidang kecantikan.
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70
Tidak Tamat Sekolah