Kursus TVET
Teknologi Sistem Komputer

TSK0101

Pengenalan Kursus

Peserta akan diberi pendedahan serta kemahiran asas kepada pelajar dalam bidang berkaitan komputer dan dilatih sehingga mahir dalam pengenalan kepada pekakasan komputer, peranan, masalah, teknik memasang, penyelenggaran dan baik pulih sistem komputer dan rangkaian komputer. Selain dari itu turut mendedahkan “ Soft Skill” dan “Hard Skill” seperti kemahiran komunikasi, penyediaan laporan dan kerja berpasukan. Kursus ini juga merangkumi pengajian 20% teori dan 80 Amali. Juga diberi kemudahan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka serta maya. Sijil Profesional GIATMARA, Sijil Kemahiran GIATMARA, Sijil Modular GIATMARA, Sijil Teknologi GIATMARA, Sijil Kehadiran GIATMARA, Sijil Kemahiran Warisan GIATMARA, Sijil Perantisan GIATMARA, Sijil CISCO Networking Academy – IT Essentials (PC Hardware and Software), Sijil CISCO Networking Academy – Packet Tracer, Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate), Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity bagi yang layak.

Kandungan Kursus:-
Modul 1: Keselamatan Bengkel
Modul 2: Memasang Perkakasan Komputer
Modul 3: Memasang Perisian Sistem Operasi Dan Aplikasi
Modul 4: Menyelenggara Komputer
Modul 5: Membaikpulih Komputer
Modul 6: Memasang Rangkaian Komputer
Modul 7: Memasang Pelayan Komputer
Modul 8: Menyelenggara Pelayan
Modul 9: Membuat Konfigurasi Peranti Mudah Alih

Sesi Kemasukan: Setiap Jan dan Julai

PENSIJILAN bagi yang layak:-
1. Sijil Professional GIATMARA | Ujian Berterusan & Ujian Akhir Setiap Modul.
2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 ( IT-020-3:2013) - OPERASI SISTEM KOMPUTER | Ujian Akhir & Verifikasi Portfolio.
3. Sijil CISCO IT Essentials (PC Hardware and Software) & Sijil Packet Tracer | Ujian Setiap "chapter" dan Ujian Akhir Serta kendiri 6 Simulasi Packet Tracer.

Cara mohon dengan melayari
1. https://mohon.tvet.gov.my
2. https://gspel.giatmara.edu.my
3. https://giatmara.edu.my/muat-turun - Borang Permohonan Menual

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kriteria Asas Calon
1.1 Syarat-syarat AM
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Minat (Wajib)

Dan

2. Umur
2.1 Umur Calon

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70


Dan

3. Pendidikan
3.1 Syarat minima

Tidak Tamat Sekolah


Tempoh Pengajian
9 Bulan

Prospek Kerjaya
Pelatih yang mengikuti kursus ini dapat memasuki alam pekerjaan sebagai juruteknik rangkaian dan sistem komputer. Pelatih juga berpotensi menjadi usahawan dan berpeluang melanjutkan kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

PELUANG KERJAYA
-Juruteknik Rangkaian Komputer
-Juruteknik Sistem Komputer
-Penganalisi Rangkaian Komputer
-Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GIATMARA Machang
Alamat
BALAI POLIS LAMA, MACHANG, 18500 MACHANG, KELANTAN
Negeri
KELANTAN
Penyelaras
ZULKHARNAIM BIN ZAHARI
Telefon
09-9750016
Emel
gmmachang@giatmara.edu.my
Laman Web
www.giatmara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kerajaan telah menyediakan laluan alternatif dalam bidang pendidikan. Sijil Kemahiran Malaysia adalah untuk pendidikan berteraskan kemahiran, dengan sijil yang diperakui oleh kerajaan (sijil dengan jata negara malaysia sama spt sijil SPM), sepatutnya layak mendapat pekerjaan dlm bidang yg berkaitan. Untuk makluman, sijil skm tahap 1-3 berstatus sijil, 4 diploma kemahiran dan 5 diploma lanjutan kemahiran. Tangga gaji adalah mengikut tahap tersebut. Cth : tahap 5 bergaji setara dengan ijazah sarjana muda dari universiti tempatan. SKM bernilai walaupun tanpa SPM.