Kursus TVET
Diploma Teknologi Kejuruteraan Biokimia ( Makanan)

G02

Pengenalan Kursus

Program selama 3 tahun ini memberi pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang teknologi kejuteraan makanan. Program ini menekankan pengaplikasian prinsip-prinsip sains dan kejuruteraan dalam membangunkan kaedah serta mengenalpasti proses terbaik bagi menghasilkan produk makanan yang bermutu, sihat dan selamat. Selain daripada itu, program ini juga menekankan ilmu dan kemahiran keusahawanan dalam bidang yang berkaitan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Syarat Am
1.1 Calon mestilah :
1. Warganegara Malaysia (Wajib) ,
2. Bumiputera (Wajib)

Dan

2. LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
2.1 LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Penyeliaan dan Operasi Makanan Segera [HT-031-3:2016] Atau

Penyeliaan Operasi Makanan & Minuman [I561-002-3:2018] Atau

Operasi Pembungkusan Produk Makanan Segar [C107-001-3:2017] Atau

Operasi Servis Makanan & Minuman [HT-010-3:2012] Atau

PENYELIAAN OPERASI HALAL [M749-004-3:2020] Atau

Pengauditan Halal [HI-010-3:2013]


Dan

3. Umur
3.1 Berumur sekurang-kurangnya

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45


Dan

4. Tahap Kesihatan
4.1 Calon mestilah :

Syarat Umum:
1. Sihat tubuh badan (Tidak menerima sebarang jenis OKU)

Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Penolong Jurutera Pemprosesan, Pemformulasi Makanan, Pembantu Pegawai Penyelidik, Penolong Pegawai Jaminan Kualiti, Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Alamat
Mukim Durian Pipit
32400 Lenggong, Perak.
Negeri
PERAK
Penyelaras
NORAZMIDA HAI'IL BINTI AZMI
Telefon
05-7510007
Emel
azmin@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan (UiTM)
Sarjana Muda Teknologi (Teknologi Makanan) (USM)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) Makanan (UniKL)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraaan Makanan (Unisza)
Bachelor of Food Technology (University of Queensland, Australia)
Bachelor of Food Technology (Massey University, New Zealand)

** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA