Kursus TVET
Sijil Teknologi Komputer (Sistem) - TVET Tahfiz #

TF01

Pengenalan Kursus

Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz adalah laluan pembelajaran yang menggabungkan unsur TVET dan Tahfiz iaitu latihan kemahiran serta peruntukan masa program yang mesra Al-Quran dan pengulangan hafazan bagi mewujudkan dan melahirkan Huffaz generasi teknokrat MADANI. Program ini juga akan membuka peluang kepada Huffaz lepasan institusi pengajian Al Quran/Tahfiz dan madarasah bagi mengikuti program TVET di ADTEC JTM Kampus Selandar di samping meneruskan pengajian dan pemantapan hafazan sedia ada. Laluan kerjaya bagi Huffaz yang mengikuti program ini tersedia sehingga ke peringkat Diploma dan Ijazah.


Kursus ini direka bentuk untuk mengintegrasikan konsep pembelajaran berasaskan kompetensi yang menggabungkan elemen penting dengan aspek teori sistem komputer, termasuk latihan hands-on menggunakan pendekatan kerja berpasukan yang relevan sepertimana yang diamalkan di dalam industri pengkomputeran.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Pemohon berumur 16 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Persekolahan
3.1 Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Syarat Am Kemasukan
4.1 Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

5. Syarat Khas
5.1 Pemohon mestilah

Syarat Umum:
1. menguasai tahap hafazan Al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk
2. beragama Islam


Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Semua industri yang melibatkan bidang peralatan komputer, perkakasan komputer & perisian komputer

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR (ILP KUALA LUMPUR)
Alamat
JALAN KUCHAI LAMA
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
Pn Noor Arasiah binti Md Ashaari
Telefon
03-79817495
Emel
bpplilpkl@gmail.com
Laman Web
www.ilpkl.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 PERCUMA Yuran Pengajian
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan