I561-005-2:2022;PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN
Kursus ini menekankan kemahiran penyediaan bahan mentah, teknik pemotongan, kaedah memasak, serta penghasilan pelbagai jenis hidangan mengikut resipi standard industri.
Peserta akan didedahkan kepada amalan kebersihan dan keselamatan makanan (food safety), pengurusan dapur, serta penggunaan peralatan dengan cara yang betul dan selamat. Selain itu, kursus ini juga memberi penekanan kepada konsistensi kualiti makanan, kawalan kos bahan, dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam penyediaan makanan. Melalui latihan praktikal yang intensif, peserta berpeluang membina kemahiran hands-on yang diperlukan untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan makanan seperti restoran, katering, hotel, dan perniagaan makanan kecil.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 40