J619-004-4:2024,J619-003-3:2023;RANGKAIAN KOMPUTER
Kursus Rangkaian Komputer (Tahap 4) ini dirangka berdasarkan NOSS J619-004-4:2024 dan memberi penekanan kepada kemahiran pentadbiran serta penyelenggaraan rangkaian komputer secara menyeluruh. Melalui kursus ini, pelatih akan mempelajari empat bidang kompetensi teras iaitu Computer Network Operation Administration, Network Configuration, Network Security Administration, dan Network Maintenance Administration. Pelatih akan dibimbing untuk mengurus operasi rangkaian, melaksanakan konfigurasi peralatan rangkaian, mengurus keselamatan rangkaian, serta melakukan penyelenggaraan bagi memastikan rangkaian berfungsi dengan stabil, selamat dan berkesan. Kursus ini melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu mengurus serta menyelesaikan masalah rangkaian komputer dalam persekitaran sebenar industri.
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 50
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis