DWFL34
Pelajar akan didedahkan kepada sistem pengurusan produksi dan kawalan kualiti yang ketat bagi memenuhi piawaian industri minyak dan gas.
Kurikulum ini dibahagi kepada unit kompetensi (CU) yang kritikal bagi seorang penyelia fabrikasi, merangkumi:
1. Penyeliaan Keselamatan (HSE): Memastikan pematuhan keselamatan persekitaran kerja, pemeriksaan peralatan, dan penggunaan PPE yang betul.
2. Pengurusan Material: Mengawal simpanan bahan projek, memantau tahap stok, dan menyelia pengendalian serta pengedaran bahan kepada pasukan produksi.
3. Operasi Fabrikasi & Projek: Menyusun aktiviti kerja (penandaan, pemotongan, penyambungan, kimpalan) serta memantau kemajuan kerja dan prestasi pasukan.
4. Kawalan Kualiti (QC): Melaksanakan pemeriksaan dalam proses (in-process QC) dan berurusan dengan pihak QA/QC dalaman serta klien berdasarkan Inspection Test Plan (ITP).
5. Kawalan Dokumen: Menguruskan lukisan fabrikasi, dokumen teknikal, dan menyediakan laporan pengajaran yang dipelajari (lessons learnt).
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Operasi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak, Gas & Petrokimia) [OG-011-3:2011]