[DAE-SKM3] ;
Program Diagnosis Kenderaan Ringan (Tahap 3) ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir bertahap penyeliaan yang kompeten dalam mendiagnosis sistem kenderaan moden yang kompleks. Fokus utama program adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal tinggi merangkumi diagnosis sistem pengurusan enjin (EMS), transmisi automatik dan manual, serta sistem keselamatan canggih seperti Anti-lock Braking System (ABS) dan SRS Airbag. Melalui pendekatan latihan amali yang intensif termasuk diagnosis sistem turbocharger, stereng, ampaian, dan sistem elektronik kenderaan, program ini bermatlamat untuk membentuk juruteknik diagnostik yang profesional, mahir dalam penyeliaan bengkel automotif, serta mempunyai kepakaran teknikal yang mendalam untuk memulakan kerjaya sebagai penyelia atau menyambung pengajian ke peringkat Diploma (DKM) di Riamtec.
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN [G452-002-2:2018] Atau
Servis Pembaikan - Kenderaan Ringan [TP-300-2:2016] Atau
Mekanik Kenderaan Motor [P-115-2] Atau
Mekanik Kenderaan Motor [P-010-2] Atau
Juruteknik Kenderaan Motor [TP-300-2]
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60