G452-007-3:2019;Servis Kereta Elektrik dan Hibrid
Program ini mendedahkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi juruteknik khusus bagi servis dan membaiki kenderaan elektrik dan hibrid berdasarkan keperluan industri. Pembelajaran di dalam program ini meliputi pemeriksaan kenderaan elektrik dan hibrid, servis sistem penyimpanan tenaga kenderaan elektrik dan hibrid, servis sub sistem sokongan kenderaan elektrik dan hibrid, fungsi pengawasan sistem elektrik dan kereta hibrid dan sebagainya.
Di samping Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), pelatih akan menerima persijilan profesional dari Institute of the Motor Industry (IMI), UK sebagai persijilan tambahan dan nilai tambah kepada pelatih bagi meningkatkan kebolehpasaran pelatih di industri.
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN [G452-002-2:2018] Atau
Servis Pembaikan - Kenderaan Ringan [TP-300-2:2016] Atau
Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-2:2013] Atau
Juruteknik Kenderaan Motor [TP-300-2] Atau
Mekanik Kenderaan Motor [P-115-2] Atau
Mekanik Kenderaan Motor [P-010-2]
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35