Program Diploma Teknologi Pengurusan dan Rekabentuk Penyamanan Udara direka untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam aspek rekabentuk, pengurusan,
pemasangan dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara (HVAC) selaras dengan keperluan industri semasa dan teknologi terkini. Program ini menekankan
pembangunan kemahiran teknikal, pengurusan serta profesionalisme bagi memenuhi keperluan sektor pembinaan, perindustrian dan perkhidmatan. Tempoh pengajian adalah
selama 1.5 tahun, merangkumi 14 bulan pengajian berstruktur dan 4 bulan latihan industri. Komponen pembelajaran merangkumi asas sistem HVAC, rekabentuk dan
lukisan teknikal, pengiraan beban haba, pengurusan projek, kecekapan tenaga, pematuhan piawaian keselamatan serta penyelenggaraan sistem. Pendekatan pembelajaran adalah berasaskan teori dan amali dengan penekanan kepada aplikasi industri sebenar.
Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC [ME-020-3:2012] Atau
OPERASI PEMASANGAN & PENYENGGARAAN PENGHAWA DINGIN DAN PENGUDARAAN MEKANIKAL [F432-003-2:2017] Atau
Pemasangan dan Penyelenggaraan Tiga Fasa Pemanasan, Pengudaraan, Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan (HVAC&R) [F432-008-3:2021] Atau
Perkhidmatan Penyejukbekuan Domestik & Komersial [ME-022-3:2014] Atau
Pemasangan dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) [F432-007-3:2020]
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45