PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN
G452-002-2:2018;Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan
Pengenalan Kursus
Program Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan (G452-002-2:2018) direka bentuk untuk melatih pelatih dengan pengetahuan asas, kemahiran teknikal, dan amalan kerja dalam bidang pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan ringan seperti kereta dan van.
Kursus ini memberi fokus kepada pembaikan komponen mekanikal dan sistem utama dalam kenderaan, serta pengenalan kepada penggunaan peralatan bengkel, pematuhan prosedur keselamatan, dan pembacaan manual kerja. Pelatih akan didedahkan kepada gabungan latihan teori dan amali di bengkel automotif yang lengkap.
Tujuan kursus ini adalah untuk:
Membentuk tenaga kerja mahir yang boleh menjalankan kerja baik pulih dan penyelenggaraan asas terhadap sistem seperti enjin, brek, stereng, transmisi, suspensi, sistem elektrik asas, dan sistem penghawa dingin kenderaan ringan.
Melatih pelatih agar mengamalkan etika kerja profesional, amalan keselamatan bengkel, serta pemahaman terhadap teknologi automotif semasa.
Menyediakan asas untuk melanjutkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang automotif atau melibatkan diri dalam keusahawanan automotif.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Atau
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35
Atau
Atau
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lot 30774, Lorong Sentosa
Bukit Unggul,Jenderam Hulu,
43800 Sepang
Lain-lain Maklumat
Setelah tamat dan lulus penilaian, pelatih akan dianugerahkan:
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
Dikeluarkan oleh: Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia
Kaedah Penilaian
1. Penilaian Berterusan – amali bengkel, tugasan harian, latihan praktikal
2. Penilaian Akhir (Akhir Kursus) – projek akhir, ujian teori dan praktikal
3.Portfolio & Log Buku Latihan Industri (jika ada penempatan luar)
4.Sijil dikeluarkan selepas lulus kesemua unit kompetensi
Kemudahan Disediakan:
1. Bengkel automotif lengkap (engine test bench, alignment machine, hydraulic lift dll)
2. Kelas teori berhawa dingin
3. Komputer untuk latihan teknikal
4. Asrama dan kemudahan disediakan PERCUMA
5. Makan & Minum PERCUMA