Kursus TVET
Sijil Teknologi Komputer Rangkaian - TVET Tahfiz #

SIKR03T

Pengenalan Kursus

Kursus Perkhidmatan Rangkaian Komputer yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan program latihan kemahiran tinggi yang dirangka bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang penyelenggaraan dan pengurusan rangkaian komputer. Kursus ini dibangunkan berdasarkan keperluan industri dan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Pelatih akan didedahkan dengan kemahiran teknikal merangkumi pemasangan, konfigurasi, penyelenggaraan dan penyelesaian masalah rangkaian komputer, termasuk rangkaian berwayar dan tanpa wayar. Penekanan turut diberikan kepada penggunaan peralatan rangkaian seperti switch, router, firewall, serta aplikasi dan protokol rangkaian yang lazim digunakan dalam persekitaran industri moden.

Di samping itu, aspek keselamatan rangkaian, dokumentasi teknikal dan amalan kerja profesional turut diberi perhatian bagi melahirkan juruteknik rangkaian yang beretika, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran industri ICT. Pelatih juga akan melalui latihan industri (LI) bagi memberikan pendedahan sebenar di tempat kerja.

Kursus ini melengkapkan pelatih dengan kompetensi yang diperlukan untuk menjawat jawatan seperti Juruteknik Rangkaian, Juruteknik IT, atau Penolong Pentadbir Sistem. Lulusan kursus ini juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian atau mendapatkan pensijilan profesional dalam bidang berkaitan ICT.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Pemohon berumur 16 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Persekolahan
3.1 Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Syarat Am Kemasukan
4.1 Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran / Penglihatan / Pertuturan / Fizikal / Pembelajaran / Mental / Pelbagai yang menyukarkan kerja amali
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

5. Syarat Khas
5.1 Pemohon mestilah

Syarat Umum:
1. menguasai tahap hafazan Al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk
2. beragama Islam


Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Juruteknik Rangkaian Komputer (Computer Network Technician), Juruteknik Penyelenggaraan Rangkaian (Network Maintenance Technician), Juruteknik Pengurusan Pelayan (Server Administrator Technician), Juruteknik Fiber Optik (Fiber Optic Technician), Juruteknik Sokongan IT (IT Support Technician), Pembantu Jurutera Rangkaian Komputer (Computer Network Assistant Engineer), Pembantu Jurutera Projek IT (IT Project Assistant Engineer),Pembantu Pengurus Rangkaian (Network Administrator Assistant), Pemasang dan Penyelia Kabel Rangkaian (Network Cabling Installer), Usahawan Peralatan IT

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR (ILP SELANDAR)
Alamat
LOT 1468, JALAN BATANG MELAKA
77500 SELANDAR, MELAKA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
Mohd Noorlizam bin Md Ali
Telefon
06-5303000
Emel
mohdnoorlizam@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpselandar.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Elaun / Makan minum dan Penginapan disediakan secara percuma.