Kursus TVET
PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA

MCU-1-11

Pengenalan Kursus

Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa adalah program latihan asas yang memperkenalkan peserta kepada sistem pendawaian elektrik di kediaman atau premis kecil yang menggunakan bekalan elektrik satu fasa. Kursus ini merangkumi pemahaman teori asas elektrik, penggunaan peralatan tangan dan keselamatan, serta latihan amali dalam pemasangan, penyambungan, dan pengujian litar elektrik mengikut piawaian yang ditetapkan.

Tujuannya adalah untuk melahirkan individu yang mahir dan berpengetahuan dalam kerja-kerja pendawaian asas serta bersedia untuk mengikuti latihan lanjut atau menceburi bidang kerja berkaitan elektrik.

PELUANG KERJA YANG LUAS
- Kemahiran dalam pendawaian elektrik membuka peluang pekerjaan dalam industri pembinaan, penyelenggaraan dan perkhidmatan teknikal.

PENDAPATAN YANG STABIL
- Bidang pendawaian elektrik memberi peluang pendapatan yang baik kepada mereka yang mahir dan berpengalaman.

KESEDARAN KESELAMATAN
- Pelajar akan belajar mengenai prosedur keselamatan elektrik, mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan pemadangan elektrik dilakukan dengan selamat.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. 1. Warganegara Malaysia – Pemohon mestilah rakyat Malaysia. 2. Umur – 16 tahun ke 35. Pendidikan – Minimum PMR/PT3 atau setaraf atau tiada pendidikan formal
1.1 Mempunyai kemahiran asas membaca dan menulis, yang penting untuk memahami arahan, label, dan dokumentasi kursus.

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2 Tidak Buta Warna. Warna wayar elektrik adalah kod penting. Buta warna boleh mengganggu keselamatan kerja dan pemasangan.

Syarat Umum:
1. Tidak buta warna


Atau

1.3 Memberi ruang kepada individu yang tidak berpeluang mengikuti pendidikan formal tetapi masih berpotensi dan berminat dalam bidang kemahiran.
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Atau

1.4 Berusia dalam lingkungan 16 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35


Tempoh Pengajian
3 Bulan

Prospek Kerjaya
Graduan kursus pendawaian elektrik satu fasa berpeluang menceburi pelbagai bidang seperti:

Juruelektrik pendawaian rumah & premis kecil

Pembantu juruteknik elektrik

Kontraktor elektrik (dengan sijil tambahan & lesen ST)

Penyelenggara sistem elektrik di bangunan atau kilang

Usahawan dalam bidang elektrik

Dengan pengalaman dan pensijilan lanjut, prospek kerjaya boleh berkembang ke tahap profesional dan pengurusan projek.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN JOHOR, KLUANG
Alamat
JALAN SURIA 1, TAMAN MATAHARI, BT. 3, JALAN MERSING,
Negeri
JOHOR
Penyelaras
MOHD ROSZI BIN HUSIN
Telefon
07-7763145
Emel
dollahsmi@ymail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program dijalankan menerusi dana kerajaan /badan berkanun/KEJORA