Kursus TVET
SARJANA MUDA SAINS PERTANIAN (KEPUJIAN)

BAS

KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA, MELAKA

Pengenalan Kursus

Program Sarjana Muda Sains Pertanian (Kepujian) memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian moden termasuk teknologi tanaman, pengurusan sumber semula jadi, bioteknologi dan kelestarian agroekosistem. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang mampu menyumbang kepada inovasi dan kemajuan sektor agromakanan negara serta memenuhi keperluan industri pertanian global.

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Akademik
Lulus STPM dengan mendapat minimum (NGMP 2.0) DAN lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan mendapat kredit dalam mata pelajaran Matematik ATAU Lulus Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya minimum PNGK 2.00 ATAU Lulus Diploma Tahap 4, Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
Syarat Pilihan 1
Lulus (PNGK 2.0)

Jenis Sijil/Diploma : Diploma (Selain Diploma Kemahiran)
Mempunyai Diploma Dari Mana-mana IPT
Minimum CGPA : 2

Atau

Jenis Sijil/Diploma : Foundation/Matrikulasi/Asasi
Mempunyai Matrikulasi atau Asasi Dari Mana-mana IPT
Minimum CGPA : 2

Atau

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai STAM Dari Mana-mana Sekolah
Minimum CGPA : 3

ATAU
Syarat Pilihan 2
Lulus STPM dengan mendapat minimum (NGMP 2.0) DAN lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan mendapat kredit dalam mata pelajaran Matematik
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
900 Pengajian Am Wajib C
910 Bahasa Melayu Pilihan C
940 Sejarah Pilihan C

Bil. Mata Pelajaran Pilihan Diperlukan : 1

ATAU
Syarat Pilihan 3
Memiliki DKM (Tahap 4) dalam bidang berkaitan

PENGURUSAN LADANG TANAMAN [A016-004-4:2024] Atau

PERKHIDMATAN PEMASARAN & KAWALAN JUALAN PRODUK PERTANIAN & ASAS TANI [AF-015-4:2015]

ATAU
Syarat Pilihan 4

1.

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1449 MATEMATIK

Tempoh Pengajian
8 Semester

Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
"Graduan program Sarjana Muda Sains Pertanian (Kepujian) memiliki prospek kerjaya yang luas dalam pelbagai sektor berkaitan pertanian, pendidikan, penyelidikan dan pentadbiran. Dengan kemahiran teori dan praktikal yang diterapkan sepanjang pengajian, graduan bersedia untuk menyumbang dalam pembangunan sektor agromakanan dan lestari negara.

Antara bidang kerjaya yang berpotensi termasuk:

Pegawai Pertanian
Pegawai Ladang
Usahawan Tani
Pensyarah
Pegawai Pendidikan
Pegawai Penyelidik
Pegawai Tadbir
Pegawai Sains
Pegawai Penyelidik Pengajian Tinggi"

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA
Alamat
LOT 2020, AYER PA’ABAS, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
Norsyarina binti Hasnul Bhaharin
Telefon
06-5529227
Emel
admin@ucam.edu.my
Laman Web
www.ucam.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman Pembiayaan Pelajaran PTPTN
Biasiswa Yayasan RISDA
*tertakluk kepada syarat