Kursus TVET
Bosch Rexroth mMs 4.0 Smart Manufacturing

MWA-1-111

Pengenalan Kursus

Program MC-091-3:2016-C06(9) – Modular WA1, Bosch Rexroth MMS I4.0 Smart Manufacturing memberi pendedahan kepada peserta mengenai sistem automasi modular berasaskan Bosch Rexroth Modular Mechatronics System (MMS) selaras dengan konsep Industri 4.0. Melalui program ini, peserta akan mempelajari asas pengendalian sistem mekatronik modular, pengaturcaraan kawalan menggunakan PLC dan HMI, integrasi komunikasi mesin-ke-mesin (M2M), serta pemantauan data secara pintar menggunakan SCADA, IoT dan cloud. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada aplikasi digital twin dan simulasi untuk optimasi sistem pengeluaran. Hasilnya, peserta berupaya membina, menguji dan mendokumentasikan projek miniatur Smart Factory yang menggabungkan elemen sensor, aktuator, robotik asas, serta integrasi digital bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran industri moden.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan akademik
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Wajib D Aktif
1249 SEJARAH Wajib D Aktif

Dan

2. Had umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50


Dan

3. Warganegara
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Syarat Tambahan
4.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
2 Minggu

Prospek Kerjaya
Lulusan program ini berpeluang bekerja dalam bidang automasi industri, kejuruteraan kawalan, dan smart manufacturing di pelbagai sektor seperti elektronik, automotif, semikonduktor, makanan & minuman, farmaseutikal, serta logistik. Antara jawatan yang boleh diceburi termasuk:

Juruteknik / Jurutera Automasi & Kawalan Industri
Juruteknik / Jurutera Mechatronics
Juruteknik / Jurutera Penyelenggaraan Automasi
Juruteknik / Jurutera Robotik & Sistem Pintar
Juruteknik / Jurutera PLC & SCADA Programmer
Juruteknik / Jurutera IoT & Smart Manufacturing
Penolong penyelidik atau juruteknik dalam projek Industri 4.0

Selain itu, lulusan juga berpotensi menceburi bidang konsultan automasi, bekerja dengan syarikat multinasional (MNC) yang menggunakan teknologi Bosch Rexroth, Siemens, Allen Bradley, Mitsubishi, dan Festo, atau menjadi tenaga pengajar / jurulatih teknikal dalam bidang automasi & mekatronik.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KISMEC TRAINING AND CONSULTANCY
Alamat
JALAN HI-TECH 2/5,
09090 KULIM HI-TECH PARK,
KEDAH DARUL AMAN
Negeri
KEDAH
Penyelaras
MUHAMMAD IMRAN BIN ISHAK
Telefon
04-4080565
Emel
imran@kismec.org.my
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Tajuk utama modul untuk program MC-091-3:2016-C06(9) – Bosch Rexroth MMS I4.0 Smart Manufacturing:

Pengenalan Sistem Kawalan Automasi & Industri 4.0
Penyediaan Perkakasan dan Perisian Bosch Rexroth MMS
Pengaturcaraan PLC dan HMI
Aplikasi Kawalan Industri (Motor, Sensor & Aktuator)
Integrasi & Komunikasi Sistem (M2M, SCADA, IoT, Cloud)
Teknologi Digital Twin & Simulasi Smart Factory
Ujian, Verifikasi, Troubleshooting & Dokumentasi Teknikal