Kursus TVET
DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

BM110

Pengenalan Kursus

Program Diploma Pengurusan Perniagaan ini diwujudkan untuk memberikan pendidikan lengkap kepada orang ramai berkenaan kegiatan menjalankan dan mengekalkan perniagaan. Pelajar jurusan perniagaan bukan sahaja diajar berkenaan asas-asas pengurusan tetapi mereka juga akan didedahkan kepada situasi sebenar sebagai bahan kajian bagi merealisasikan prinsip-prinsip berkenaan. Pengalaman pertama yang ditimba sesungguhnya amat bermakna untuk mengenali dunia sebenar perniagaan. Program ini juga dapat menyediakan kemahiran-kemahiran penting perniagaan termasuk Pengurusan, Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan Komunikasi Perniagaan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Akademik
1.1 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran. Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan. ATAU Memiliki Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang yang berkaitan sekurang – kurangnya PNGK 2.00. Lulus kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf Kerajaan Malaysia. Kelulusan SVM adalah bersamaan dengan TIGA (3) kredit SPM untuk calon yang mendapat: • PNGK Akademik adalah sama atau lebih dari 3.33; • PNGK Vokasional adalah sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten di dalam semua modul vokasional; Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah SVM. Mencapai sekurang-kurangnya TIGA (3) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang – kurangnya Gred C (Purata Gred 2.0) dalam mana – mana mata pelajaran. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang – kurangnya Gred Maqbul. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

1.

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

2.

Bil. Subjek : 3
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
6358 BAHASA SEMAI

Atau

1.2 Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan. ATAU Memiliki Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang yang berkaitan sekurang – kurangnya PNGK 2.00.
Memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3 Atau Ke Atas

Atau

1.3 Lulus kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf Kerajaan Malaysia. Kelulusan SVM adalah bersamaan dengan TIGA (3) kredit SPM untuk calon yang mendapat: • PNGK Akademik adalah sama atau lebih dari 3.33; • PNGK Vokasional adalah sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten di dalam semua modul vokasional; Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah SVM. Mencapai sekurang-kurangnya TIGA (3) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran.
PNG Keseluruhan : 0.00
PNG Akademik : 3.33
PNG Vokasional : 3.67
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
1104 BAHASA MELAYU Wajib
1251 SEJARAH Wajib L

Tempoh Pengajian
5 Semester

Prospek Kerjaya
- Eksekutif Pengurusan/Perniagaan
- Penolong Juruaudit
- Membuka Syarikat Sendiri
- Eksekutif Pemasaran
- Penolong Pegawai Pemasaran
- Penolong Akauntan
- Pemeriksa Kira-kira
- Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
Kolej FELCRA
Alamat
Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, 36800 Kampung Gajah, Perak
Negeri
Penyelaras
Ts. AZLIZUL BIN ABDUL RAHIM
Telefon
05-6551190
Emel
azlizulrahim@kolejfelcra.edu.my
Laman Web
https://kolejfelcra.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau

ii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan atau Sijil/pra Diploma atau setara dari mana-mana Institut Pengajian TInggi; atau

iii. Lulus Sijil Politeknik / Sijil Komuniti (Tahap 3 SKM) dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia setaraf dengannya; atau

iv. Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya tahap 3 dalam bidang berkaitan; atau

v. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.