Kursus ini memberikan latihan intensif dalam kemahiran menjahit baju Melayu tradisional lengkap, termasuk baju cekak musang, teluk belanga dan seluar. Peserta akan didedahkan kepada teknik penyediaan pola, pemilihan fabrik yang sesuai, teknik jahitan kemasan, dan penyelarasan ukuran agar menghasilkan pakaian tradisional yang berkualiti tinggi serta mengikut kehendak pelanggan.
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Pelajar tahfiz / madrasah / pondok
2. Umur 13 - 70
3. Berdaftar dengan JAKIM / Jabatan Agama Negeri