Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Projek Bootcamp Beauty Advisor merupakan inisiatif kerjasama antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak dan Wonderlab by CUCKOO, sebuah jenama terkenal dalam pembangunan produk penjagaan kulit dan kecantikan berteknologi tinggi. Wonderlab memainkan peranan penting dalam industri kosmetik dan kesihatan kulit dengan memberi tumpuan kepada inovasi berasaskan sains, keselamatan bahan, serta keberkesanan produk. Menerusi jenama-jenama di bawahnya seperti WonderDewi dan Wonderlab, Wonderlab terus memperkenalkan formulasi kecantikan Korea yang mesra alam dan berdaya saing di pasaran global.

Projek ini bertujuan untuk menyediakan latihan komprehensif kepada belia berumur antara 18 hingga 30 tahun dalam bidang kecantikan, khususnya sebagai seorang Beauty Advisor. Beauty Advisor merupakan individu profesional yang memberi servis facial dan nasihat kepada pelanggan mengenai penjagaan kulit, pemilihan produk kecantikan, serta cara penggunaan yang betul mengikut keperluan kulit.

Selain membina kemahiran teknikal dan komunikasi, projek ini turut memberi fokus kepada pembangunan keusahawanan dengan membimbing peserta menjana pendapatan melalui penawaran servis facial dan penjualan produk kecantikan. Peserta juga akan didedahkan kepada strategi jualan, pemasaran digital, dan pengurusan pelanggan menjadikan program ini sebagai platform untuk memulakan kerjaya atau perniagaan kecantikan secara profesional dan mampan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Kursus Pendek / Micro Credential / Modular / Setaraf

Syarat Kelayakan
1. KELAYAKAN AKADEMIK
1.1 Mestilah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. UMUR
2.1 Had Umur Pemohon Mestilah:-

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30


Dan

3. SYARAT TAMBAHAN
3.1 Mestilah memenuhi kriteria berikut:-
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. WARGANEGARA
4.1 Pemohon mestilah:-
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
1 Bulan

Prospek Kerjaya
BEAUTY ADVISOR

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK
Alamat
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR DARUL EHSAN
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MARLIANA BINTI ABDULLAH
Telefon
03-60996000 / 03-60996133
Emel
marliana@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Sila Hubungi Pegawai Di Bawah:-

Nama Penyelaras Kursus: Norsyahidatul Farah binti Nanyan
No Telefon: 011-1454 6266 / 03-6099 6013
Emel: farah@kbs.gov.my

Nama Penyelaras Kursus: Azini binti Ismail
No Telefon: 017-5009403 / 03-6099 6047
Emel: azini@kbs.gov.my