Kursus TVET
PEMASANGAN KOMPUTER DAN INSTALASI PERISIAN

MCU-1-11

ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR (ILP SELANDAR), MELAKA

Pengenalan Kursus

Kursus ini direka bentuk untuk mengintegrasikan konsep pembelajaran berasaskan kompetensi yang menggabungkan elemen penting dengan aspek teori sistem komputer, termasuk latihan hands-on menggunakan pendekatan kerja berpasukan yang relevan sepertimana yang diamalkan di dalam industri pengkomputeran. Melaksanakan pemasangan peralatan, perkakasan dan perisian komputer menggunakan peralatan dan perisian sistem pengendalian komputer seperti alatan penyediaan dan pembaikan komputer, peranti pemacu, perisian aplikasi komputer dan manual komputer supaya komponen komputer dan perisian sistem pengendalian komputer dapat dipasang, ujian kefungsian unit dapat dilakukan dan laporan persediaan sistem komputer dapat disediakan mengikut piawaian dan keperluan.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia
Berumur 16-35 Tahun
Syarat Pilihan 1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35

ATAU
Syarat Pilihan 2
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Boleh membaca Al-Quran
Boleh mengikuti program hafazan ADTEC Selandar
Syarat Pilihan 1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
ATAU
Syarat Pilihan 2

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
03
Kriteria Utama
Sihat tubuh badan
Tiada kecatatatan fizikal
Syarat Wajib

Syarat Umum:
1. tiada kecatatan dan sihat tubuh badan


Tempoh Pengajian
3 Bulan

Prospek Kerjaya
Semua industri yang melibatkan bidang peralatan komputer, perkakasan komputer & perisian komputer

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR (ILP SELANDAR)
Alamat
LOT 1468, JALAN BATANG MELAKA
77500 SELANDAR, MELAKA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
Mohd Noorlizam bin Md Ali
Telefon
06-5303000
Emel
mohdnoorlizam@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpselandar.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Penginapan, elaun dan makan minum sepanjang pelaksanaan kursus disediakan