Kursus TVET
Pentadbiran Pejabat

N821-001-3:2020;PENTADBIRAN PEJABAT

Pengenalan Kursus

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pentadbiran Pejabat Tahap 3 merupakan satu program latihan yang memberi penekanan kepada kemahiran pengurusan dan pelaksanaan tugas-tugas pentadbiran secara sistematik dan berkesan di sesebuah organisasi. Tahap ini melengkapkan pelatih dengan pengetahuan, kemahiran dan etika kerja yang diperlukan untuk menjalankan tugas seperti pengurusan dokumen, penyelarasan mesyuarat, komunikasi pejabat, serta penggunaan perisian aplikasi pejabat secara profesional. Pelatih juga didedahkan kepada amalan kerja sebenar bagi membolehkan mereka bersedia untuk memasuki alam pekerjaan atau meningkatkan kebolehpasaran dalam bidang pentadbiran pejabat.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45


Dan

3. Kewarganegaraan
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
15 Bulan

Prospek Kerjaya
Industri Pengurusan Perniagaan mempunyai prospek pekerjaan yang tinggi sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Ini kerana tenaga kerja berkemahiran diiktiraf sebagai memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan perniagaan. Keadaan ini telah meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang ini untuk diambil bekerja oleh sektor awam dan swasta. Sebagaimana yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan di bawah Program Transformasi Ekonomi, kewujudan sektor pengurusan perniagaan dalam kerajaan akan meningkatkan prospek pekerjaan serta penglibatan dalam persekitaran perniagaan Malaysia. Bilangan jawatan dalam sektor Perkhidmatan pada tahun 2018 ialah 4,421 ribu, meningkat sebanyak 58 ribu berbanding 4,363 ribu pada tahun 2017. Bilangan jawatan yang diisi meningkat kepada 4,384 ribu (2017: 4,322 ribu) manakala kekosongan jawatan dalam sektor ini berkurang sebanyak 5 ribu. Sementara itu, terdapat 51.0 ribu pekerjaan baru dicipta dalam sektor perkhidmatan pada tahun 2018. Kini, pertumbuhan pesat permintaan modal insan dalam sektor perniagaan telah mengakibatkan keperluan terhadap tenaga kerja mahir.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
CYBERNETICS INTERNATIONAL COLLEGE OF TECHNOLOGY
Alamat
BLOK 154 Tingkat 1 (11,12), Tingkat 2 (1,4-10), Tingkat 3 (7-12), Tingkat 4 (3-5, 7-12), BLOK 158 Tingkat 2 (7),
Kompleks Maluri, Jalan Jejaka,
Taman Maluri, 55100 Cheras,
W.P. Kuala Lumpur
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NOORFARAZILA BINTI ZAINUDDIN
Telefon
0392874881
Emel
armein.zahari@cybernetics.edu.my
Laman Web
www.ktac.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Penjaan adalah daripada PTPK dan pembiayaan sendiri.
2. Elaun sara diri sehingga RM 800.00 sebulan (pinjaman daripada PTPK)
3. Peluang Penambahbaikan Kemahiran (Up Skilling)
Bagi peluang penambahbaikan kemahiran, kebanyakan pentadbir pejabat yang kompeten mempelajari kemahiran mereka melalui pengalaman kerja. Mereka biasanya bermula sebagai pentadbir pejabat yang bertauliah dan secara beransur-ansur mempelajari kemahiran baharu apabila memperoleh pengalaman. Pensijilan lanjutan boleh meningkatkan peluang mereka untuk kemajuan kerjaya. Oleh itu, dengan latihan/pendidikan formal tambahan, pentadbir pejabat yang berpengalaman ini boleh maju untuk menjadi personel pentadbiran pejabat yang diperakui.