Kursus TVET
OPERASI SENI KULINARI

I561-005-3:2022;OPERASI SENI KULINARI

Pengenalan Kursus

Program Operasi Seni Kulinari merupakan kursus latihan kemahiran yang memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran praktikal dan teori dalam bidang penyediaan makanan secara profesional. Kursus ini meliputi pelbagai teknik masakan termasuk makanan tempatan, Asia dan antarabangsa, serta aspek penting dalam operasi dapur profesional seperti sanitasi, keselamatan makanan, dan kawalan kos.

Pelatih akan didedahkan kepada persekitaran dapur sebenar serta diberi latihan intensif dalam penyediaan makanan, penggunaan peralatan dapur komersial, pengurusan kerja dapur, dan penyampaian makanan secara estetik mengikut piawaian industri hospitaliti.

Program ini juga membekalkan pelatih dengan kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan, disiplin, komunikasi serta asas keusahawanan bagi membolehkan mereka bekerja atau menjalankan perniagaan dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50


Dan

2. Maklumat tambahan
2.1
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

3. Tanpa pendidikan formal
3.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Kelulusan
4.1

PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN [I561-005-2:2022] Atau

Penyediaan & Pembuatan Makanan [HT-012-2:2012] Atau

Penyedia Makanan [L-041-2] Atau

Penyedia Makanan [L-040-2]


Tempoh Pengajian
10 Bulan

Prospek Kerjaya
• Pembantu dan Penyelia Dapur Hospital
• Line Cook / Cook
• Ketua Pembantu Dapur (Head Kitchen Assistant)
• Penyelia Katering
• Chef de Partie (dengan pengalaman)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KUCHING SKILLS COLLEGE
Alamat
SUBLOT NO.1, PARENT LOT 208, BLOCK 14,
MUARA TUANG DISTRICT, KOTA SAMARAHAN
94300 KUCHING, SARAWAK

PREMIS TAMBAHAN
TINGKAT 2, SUBLOT NO. 2, CAMPUS HUB
94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
NORZIELA BINTI HJ KARIM
Telefon
082555796
Emel
kuchingskillscollege@gmail.com
Laman Web
http://www.kuchingskills.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
• Pembiayaan pengajian melalui pinjaman PTPK merangkumi pembiayaan Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup (ESH) RM800 sebulan.
• Kemudahan penginapan asrama disediakan bagi pelatih yang memerlukan dengan kadar yang minimum.
• Setelah tamat pengajian, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
• Peluang pekerjaan tersedia setelah pelatih menamatkan pengajian.
• Bidang pengajian mempunyai rekod kadar kebolehpasaran yang tinggi.
• Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Operasi kami melalui: 010-5523101 (Call/Whatsapp)
Laman Web: https://www.kuchingskills.edu.my/
Email: askksc@kuchingskills.edu.my