Kursus Gunting Rambut Lelaki (TAHFIZ) direka khusus untuk pelajar tahfiz yang ingin mempelajari kemahiran asas dalam bidang dandanan rambut lelaki. Peserta akan didedahkan kepada teknik menggunting yang betul, penjagaan peralatan, kebersihan diri dan pelanggan, serta etika dalam perkhidmatan gunting rambut menurut nilai-nilai Islam. Kursus ini bukan sahaja membekalkan kemahiran yang praktikal dan bernilai komersial, malah membuka peluang kepada pelajar tahfiz untuk menjana pendapatan dan menceburi bidang keusahawanan secara halal dan beretika.
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Pelajar tahfiz / madrasah / pondok
2. Umur 13 - 70
3. Berdaftar dengan JAKIM / Jabatan Agama Negeri