Sistem Pengurusan Gaji
MCU-1-11
Pengenalan Kursus
Kursus Payroll di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Perakaunan direka untuk melatih pelatih dengan kemahiran dan pengetahuan praktikal dalam mengurus gaji pekerja secara profesional, tepat, dan mematuhi undang-undang buruh serta peraturan cukai yang berkuat kuasa.
Sepanjang kursus ini, pelatih akan mempelajari proses lengkap penyediaan gaji, termasuk pengiraan gaji pokok, elaun, potongan, caruman KWSP, PERKESO, EIS, dan PCB (Potongan Cukai Berjadual). Pelatih juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian AutoCount Payroll untuk memproses gaji secara automatik dan efisien.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 100
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Menjadi pegawai gaji (Payroll Officer) yang berkemahiran tinggi.
Menyokong fungsi kewangan dan sumber manusia dalam organisasi.
Memenuhi keperluan pensijilan rasmi di bawah sistem TVET Malaysia.