SOKONGAN SISTEM KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI
MC-091-4:2016;DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (SOKONGAN SISTEM KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI)
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi pendedahan mengenai sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini dan ia juga adalah bidang yang berpotensi besar dan sangat penting dalam industri masa kini. Kursus Mekatronik adalah gabungan pelbagai bidang seperti bidang elektronik , bidang elektrikal, bidang mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya.
Antara subjek yang akan diajar adalah Lukisan Kejuruteraan, Penggunaan Hidraulik & Elektro-Hidraulik, Penggunaan Pneumatic & Elektro-Pneumatik, Sistem Servo,Sistem stepper, Sistem Elektronik (Arduino) , Elektrikal (House Wiring & Industrial Wiring),Programmable Logic Controller ,Inverter, Robotik dan CC Link.
Pelatih akan dilatih supaya boleh membangunkan dan merekabentuk satu projek akhir secara berkumpulan untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Malaysia.
Para pelajar juga akan mengikuti latihan industri selama tiga bulan sebelum tamat pengajian untuk didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa.
Maklumat Latihan TVET
Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016] Atau
Penyeliaan Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2013] Atau
Juruteknik Automasi Senior [H-176-3] Atau
Juruteknik Industri Pembuatan [H-170-3]
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Dan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
- Sistem pembelajaran adalah berasaskan 30% Teori dan 70% Amali.
- Pinjaman pengajian ditaja Oleh PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)
- Elaun Sara diri Sebanyak RM 400-RM600 Sebulan.
- Bilik kuliah melengkapi dengan peralatan pembelajaran.